Rumah


Rumah bagi saya ada pelbagai maksud. Rumah adalah sebuah bangunan yang kita tinggal di dalamnya. Bahan binaan boleh jadi batu, katu dan besi. Frasa ‘rumahku syurgaku’, ‘home sweet home’, baiti jannati sering digunakan untuk menerangkan erti rumah. Tapi saya lihat, ada sahaja rumah yang tidak menjadi ‘syurga’. Kembali ke rumah tidak lagi menenangkan. Menyerabutkan, rimas, bergaduh, pentingkan diri, ahli rumah tidak lagi dirasakan seperti ahli – sehingga rasa keluar dari rumah lebih menenangkan dan menggembirakan. Di mana syurganya? Di spektrum yang lain, ada rumah yang merehatkan, tenteram, ahli saling membantu dan segala sisi yang baik lagi. Mewujudkan ‘syurga’ itu tugas bersama ahli rumah. Menyediakan ruang-ruang untuk bersama adalah satu keperluan.

Ada sebuah lirik yang saya tulis berkenaan rumah. Tapi rumah yang dimaksudkan adalah tempat kembali seseorang itu. Satu ruangan untuk dia kembali setelah membuat perjalanan jauh, merantau dan berkelana. Ataupun tempat untuk seseorang yang tersesat, hilang arah, hanyut di lautan, untuk kembali ke tempat yang selamat. Selepas anda baca bait-bait di bawah, anda bebas memberikan tafsiran masing-masing.


Lirik di bawah ini ada cerita di sebaliknya. Saya menulis lirik ini dengan ingatan seorang  seorang teman yang dahulunya kami bersama-sama melalui sebuah perjalanan. Tetapi di tengah-tengah perjalanan tersebut, beliau tersalah arah. Kami tidak lagi bertemu di jalan tersebut. Saya cuba mencari beliau untuk menunjuk arah kembali, tetapi tidak lagi dapat berhubung dengan beliau. Loss contact. Tapi saya percaya bahawa beliau cuma hilang sebentar. Kompas penunjuk jalan yang beliau bawa hanya rosak seketika dan akan kembali berfungsi – itu doa saya. Saban hari saya mengemas ‘rumah’ ini untuk menyambut kepulangan beliau. Saya pastikan kasut-kasut tersusun, halaman rumah disapu bersih, lantai dicuci, baju-baju dibasuh dan tidak lupa juga bunga-bunga disiram. 

Hidupmu penuh dugaan
Di tempatmu membesar   
Tetapi, dirimu tiada

Lemah kakimu melangkah
Jauh untukmu pulang
Terhenti, dirimu seketika

Berlegar penuh merana
Arahmu entah ke mana
Sepenuh hati kau gagahi

Saat itu, ku jua pernah merasa
Mentari pasti menantimu hari esok
Ini doaku untukmu, semat di dalam hatimu
KeranaNya, aku di sini, aku di sini

Sana...tiada yang mudah
Tapi kau hadapinya
KernaNya, dirimu kembali

Temanmu masih di sisi
Tak perlu kau tangisi
Inilah, janji bersama

Masa yang telah berlalu
Hanya mampu diingati
Hari esok akan kau buktikan

Seperti dulu ku masih ada di sini
Ku memanggilmu dengan lambaian harapan
Walau jauh kamu berlari tidak akan ku lelah 
KeranaNya, Aku di sini, aku di sini

Hidupmu penuh dugaan
Di tempatmu membesar   
Tetapi, dirimu tiada

Sana...tiada yang mudah
Tapi kau hadapinya
KernaNya, dirimu kembali
Pulang semula, ini rumahmu

Saya doakan agar semua dapat kembali ke rumah masing-masing dengan selamat.

_ _
amna
Mingxing Café
March 2015 

Mereka pernah tewas


Kapal terbang Jamhare Airline selamat mendarat jam 7.05 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Nayska, Jamhare. Semua penumpang mengambil beg masing-masing dan bersedia untuk keluar. Saya menunggu semua keluar untuk mengelak kesesakan.- juga kerana tiada apa yang perlu dikejar memandangkan saya transit di lapangan terbang itu selama 10 jam. 
Negera Jamhare merupakan sebuah pulau di Asia Timur. Dengan anggaran penduduk melebih 120 juta dan mempunyai sejarah panjang, pasti banyak yang boleh dipelajari. Ramai yang mengenal negara ini melalui produk atau imej yang mereka berjaya hasilkan dan mengalirkan keluar sehingga mempengaruhi masyarakat dunia. Negara ini juga terkenal kerana penglibatan mereka dalam perang dunia kedua dan peristiwa besar pengeboman di dua negeri mereka
Menyusuri sejarah jatuh bangun negara ini memberi contoh nyata bahawa negara dan tanah merupakan faktor kedua dalam membina sebuah tamadun. Biarlah di tanah sesubur mana pun, jika petani tidak memanfaatkan kualiti tanah tersebut maka tiada hasil akan keluar. Sebanyak mana minyak yang disimpan dalam bumi, jika tiada yang menggerudi dan memproses minyak tersebut, maka ia tidak akan bernilai. Tiada ‘nilai tambahan’' bak kata ahli business. 
Ya, manusia adalah faktor utama. Merekalah yang membina, membangun dan memperbaharui sesuatu. Jika manusia yang sesuai diletakkan di atas sebidang tanah, maka tanah tersebut akan dimanfaatkan. Negeri yang pernah jatuh ini bijak memposisikan dan menggerakkan manusia. Lalu negara ini kembali mengambil ruangan di atas pentas pemain besar dunia. Mereka mungkin penjajah dahulu, tetapi mereka berjaya mengubah sikap. Sejarah lalu dijadikan panduan mereka untuk ke depan. Cuma saya kurang pasti jika generasi baru negara tersebut dapat menghayati dan menghidupkan sejarah mereka. 
Pernah dalam satu wawancara bersama seorang ahli politik negeri jiran. Ketika berdiskusi mengenai persoalan bagaimana hendak memanfaatkan sumber manusia untuk pembangunan negara. Beliau (saudara yang saya hormati) memberi contoh negara Sanjuria. Negara tersebut meletakkan 'the best man in the government'. Orang yang terbaik dalam masyarakat diposisikan dalam jawatan-jawatan penting negara. Di situlah minda-minda gergasi berpeluang untuk mencurahkan idea dalam ruang fikir yang lebih besar dan mencapai realiti. Menjadi sebab juga mengapa pegawai kerajaan mendapat gaji yang lebih tinggi dari pekerja swasta. 
Jadi ada dua tugas di sini. Pertama, membina manusia-manusia gergasi. Kedua, meletakkan mereka dalam posisi yang sesuai. Dan bagaimana hendak membina manusia gergasi yang akan berkarya di bumi tanpa mengikut panduan pencipta bumi? 
_ _ 
Lapangan Terbang Nayska, 2012 

Keliru /kənˈfyo͞oz/


Perhatikan orang di sekelilingmu.
Tutup matamu, tumpukan perhatianmu.
Cuba dengarkan jeritan batin mereka,
Tidak dengar? Cuba lagi.

Masih tidak dengar?
Bersihkan fikiran dan hatimu dan cuba sekali lagi.

“Selamatkan aku! Selamatkan aku!”

Semakin lama jeritan itu akan semakin didengari.
Dengan syarat: Hati dan fikiranmu bersih.

Jeritan itu tidak terlafaz oleh mulut mereka.
Lafaz itu keluar dari riak wajah mereka.
Mereka perlukanmu untuk menafsir perasaan.

Perasaan yang mereka sendiri keliru.
Atau aku yang keliru~
_ _
Owandari, Jun 2013

Rama-rama



Dari telur berubah menjadi ulat. Tiada siapa berminat. Kemudian berubah menjadi kepompong. Juga Tidak ramai yang tertawan. Proses ini lama. Kemudian berubah menjadi rama-rama yang cantik. Warnanya menawan dan ramai tertawan. Dari makhluk yang tidak mendapat perhatian berubah menjadi makhluk yang mewarnai kehidupan. 

Ya, berubah merupakan kepastian. Cuma alam akan sentiasa berubah menjadi lebih baik dan cantik - mengikut aturan Tuhan. 

Manusia juga berubah. Dari bayi menjadi kanak-kanak. Kemudian remaja menjadi dewasa.. Dan terus membesar. Semakin kita membesar ke mana kita menuju? Semakin cantik mengikat aturan Tuhan atau semakin menjauh? 

Belajar dari rama-rama. Semakin membesar semakin cantik. Semakin membesar semakin memberi kesan kepada sekeliling. 

_ _ 
Bandar Caliboa, 2012

《我的故事》




        当我在写这篇作文的时候,我正在渥太华国际机场等着接我的老师。我很喜欢呆在飞机场,因为它让我想起我的家乡,家人和我的朋友。呆在飞机场让我觉得我离家很近,所以我很喜欢那种乘客来来往往的地方,比如:机场,巴士站,火车站等等。
        虽然那一天非常冷,但是我的冬衣和绒线帽让我感到很温暖。有些人认为住在寒冷地方会使人心变得冷酷无情,可是我并不这么认为。住在加拿大的四年里,我感受到很多人心的温暖,所以我希望我人生旅途所遇到的人都能让我感受到温暖。
        对了,我还没说我怎么会在这里,怎么会在一个离我的国家一万百五公里的地方。那是一个很长的故事,说来话长。那就让我先自我介绍一下。我是穆尼尔,来自马来西亚。四年级的学生,在卡尔顿大学学习。我的专业是经济学。我来自一个大家庭,家里总共有九口人,除了父母之外还有哥哥、姐姐、两个弟弟和妹妹。
        每个人都有自己的爱好。有些人只有一个爱好;有些人有很多爱好。我觉得每个人不应该只有一个爱好,越多爱好越好,因为我们可以尝试很多新东西。我有很多爱好。我小学时候的爱好是集邮。我和朋友收集很多来自不同国家的邮票。我们也会互相交换邮票。可是,升到高中后,我们就停止收集邮票了。我也不知道为什么,也许是那时候邮票和信封渐渐变得不流行,人们都开始使用电子邮件取代寄信。
         小时候,爸爸妈妈常常趁我们学校放假时带我们去旅行。跟家人旅行总是很愉快。长大后,我就和朋友一起旅行。我和朋友去过很多城市,例如雅加达、日惹、吉隆坡、槟城。我也去过英国、韩国、美国、新加坡。我喜欢到处旅行,因为可以开阔眼界,增长知识和见闻。透过旅行我可以了解不同国家的风景和文化。我曾经听过这样一句话:如果你不出去走走,你就以为你住的地方是全世界。所以,每一次的旅行都能带给我新的感受、领悟与知识。
        我喜欢运动。我三年级的时候考试考得很好,爸爸为了奖励我送了我一套乒乓球器材。收到的那一刻,我很开心。从那天起,我对运动产生了兴趣。爸爸给我介绍了很多运动,我们也会常常一起去做运动。他也经常告诉我:“健康的思想寓于健康的身体。”我喜欢打乒乓球、网球、羽毛球、壁球、足球、藤球。每当我有空时,我也会约我的朋友一起去运动。
        我家收藏了很多书,就像一个小型图书馆。小时候的我不爱读书,只有我姐姐会去阅读那些书籍。当时的我认为看电视、打电动游戏都比读书有趣得多。直到十岁,我才开始喜欢阅读。我读了很多的故事书和小说,如:《秘密七人团》、《哈利波特》、《著名五》、《鸡皮疙瘩》等等。现在的我喜欢看历史书、传记书、政治书之类的书籍。我的中学老师鼓励我多读书。中学毕业以后,她也送给我一些书。她告诉我: “今天的读者是明天的领导者。”因此,我认为我们应该多看书,因为书到用时方恨少。
        老师刚给我发了短信,他告诉我航班被取消了,他明天才会抵达渥太华,眼看天气越来越糟糕,我该回家了。还没来得及告诉你们我怎么来到加拿大,等我有时间我再继续告诉你们我的故事。


穆尼尔 
2015 年2月
 渥太华国际机场
Powered by Blogger.